Sunday, March 18, 2012

Resepi donut

Bahan-bahan
- 1kg tepung gandum
- 2 sudu planta
-2 sudu susu
-1 bungkus muripan
-1 sudu the garam
-2 cwn air
Cara2
- bancuh muripan dlm air
-bancuh garam dgn air
-gaulkan rata semua bahan
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, March 14, 2012

Set 3m

Akhirnya berjaya aku membeli set 3m untuk membanyakkan susu..memandangkan stok susu agak berkurangan n muiz pun dh mula kene enzema jdi aku mengambil keputusan untuk membeli set ini..tujuannya adalah agar muiz dapat zat yg memcukupi agar muiz sihat..x sanggup tgk muiz bergaru je bile panas.kesian tgk..jdi ummi berkorbanla sedikit wang untuk kesihatan anak ummi..lepasni nk tengok ada x perbezaan selepas mnum..klau ada perubahan akan ummi war-warkan kepada yang lain..

manfaat membaca yasin

Salam bahagia , salam sejahtera buat semua yang sudi membaca blog saya ini....alhamdulillah, hari ni dah Jumaat, esok lusa adalah hari bersama keluarga.

Hari bahagia ini ingin saya kongsikan manfaat membaca surah Yassin. Saya teringat satu sekolah ini, yang menggalakkan anak murid membaca Yassin di awal pagi untuk mendapat lebih keberkatan dan waktu yang sama mendidik hati yang tawaduk pada Ilahi.




Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: “Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu:

Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
Jika terpenjara akan dibebaskan.
Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.”
Sabda Rasulullah S.A.W lagi: “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.”
Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Tuesday, March 6, 2012

DOA-DOA ( SEMANIS KURMA)


Doa-doa ni aku ambil dari rancangan SEMANIS KURMA..leh kongsi sama2…

Doa Pelindung Diri : Surah Al-Hasri ayat 26

Doa untuk pikat suami n lembutkan hati: Surah Toha ayat 1 -5

Doa Kebahagian Rumah Tangga : Surah Al-Kahfi ayat 1 dan Surah Ar-raddu ayat 31, Surah Yusof ayat 30.

Doa Untuk Ibu Yang Sedang Mengandung : Surah Mariam,Al-Fatihah, Al-Hujjurat, Yassin,AL-Taubah dan Surah Al-Imran ayat 38, Surah Al-Soffat ayat 100

Doa Hindari Kemaksiatan dan Kemungkaran ALLAH swt: Al-Mukmin ayat 97-98, dan Al-Maidah ayat 25.

Doa Untuk Memperolehi Zuriat: Surah Al-Imran ayat 38 dan 200, Surah Al -Anbia ayat 89

Doa Lembutkan Hati( doa Nabi Daud) : Surah Al- Hasri ayat 21

Doa Untuk Elakkan dari Kejahatan Manusia : Surah Al-Yusof ayat 33 dan Surah Al- Qadr

Doa Untuk Elak Berkata Belit: Surah Al-Imran ayat 8

Doa lapangkan Hati/Mudahkan Urusan /Bukakkan Simpulan Yang Sukar: Surah Toha ayat 25 sampai 28

Doa Jauhi Sihir: baca Al-Fatihah, Baca 3 kul, Ayat Kursi , baca 2 baris terakhir Surah Al-Buqarah, makan 7 biji Kurma, bwuduk sebelum tdo, zikir.

Doa Elak Penceraian, bina rumah tangga kerana Allah, suami pimpin isteri kejalan Allah swt: Surah An-Nissa’ ayat 34,

Doa untuk Jadi Isteri Solehah/ jgn mintak apa2 diluar kemampuan suami/doa murah rezeki untuk perkahwinan: Surah Al-Imran Ayat 26 dan 27, Surah al-Taubah ayat128 dan 129, Surah Al-Anbiya ayat 87

Doa Untuk Jadi Isteri yg Taat n Solehah: Surah Al-Furqan ayat 74, Surah As-saafat ayat 100 dan Surah Ibrahim ayat 41..