Tuesday, February 28, 2012

Muiz kene eczema

Eczema Muiz lebih kurang macam saya punya. Muiz bukan setakat tak boleh habuk @ cadar, @ selimut lama, malah Muiz tak boleh berpeluh!. Bila berpeluh, kuman muncul, Muiz akan garu2 dan kuman akan masuk dalam kesan-kesan calar yang Muiz buat. Muiz juga tak boleh mandi pakai sabun biasa. Sabun Iman adalah Sebamed. Iman tumbuh ruam siap ada nanah @ cecair dalam ruam tu. Cecair @ nanah tu muncul bilamana rashes yang digaru tadi dimasuki kuman. Kalau sampai dah masuk kuman, no choice, memang kena pakai ubat yang steroid based (ye, saya tau tak elok). Tapi kita juga tak nak anak menderita sakit. So, pakai ikut yang doktor sarankan ya. . Contoh macam Fucicort, H-cort dan -cort2 yang lain. Ianya digunakan 2 atau 3 kali sehari untuk meredakan bengkak di mana bakteria dah pun wujud pada kulit yang kena eczema tadi.



Kalau katakan ruam Iman terlampau teruk sehingga ke tangan dan kaki, doktor akan berikan Antihistamine. Antihistamine ni akan bertindak untuk mengawal sistem immune badan yang keluarkan histamine apabila badan kita ditrigger oleh agent allergik tadi. Senang kata, antihistamine ni akan kurangkan penghasilan histamine dalam badan kita. Contoh antihistamine yang selalu saya perolehi untuk Iman ialah Atarax (hydroxyzine), Claritin (loratadine), dan Zyrtec (certirizine).

Tips untuk mengurangkan Eczema @ Allergik.

Cari punca yang trigger eczema @ allergik anda. Bila dah jumpa, elakkan untuk bergaul dengannya. Kalau allergik habuk, rajin2 lah basuh cadar, selimut, towel & etc.
Gunalah sabun yang khas untuk orang yang allergik. Jangan guna sabun basuh baju yang brbuih banyak. Ia bukan sahaja tak elok untuk alam sekitar (non-degradable), malah boleh merengsakan kulit. Contoh sabun adalah jenama Pureen yang amat sesuai untuk bayi dan anda.


Minimumkan mandi. Kalau mandi, jangan guna sabun yang banyak buih. Sebab kulit akan jadi lebih kering. Bila kering, kulit akan rasa gatal selalu. So, kita akan tend untuk garu. Bila garu, kuman pun masuk. Jadi, pakailah sabun yang khas untuk kulit yang sensitive. Biasanya mahal sikitlah. Nak buat macam mana kan.
Kalau mandi tu, biarlah dengan air suam. Bukannya air sejuk atau air super duper panas. Saya suka mandi air panas, rupanya hive saya akan bertambah teruk bila kena air panas. Kalau boleh rendam lah lama sikit dalam bathtub sampai kulit tu macam kecut2 sikit. Tujuannya nak air masuk sikit dalam kulit. Bila kulit lembab, ia tak kering, dan tak prone untuk gatal.
Lepas mandi, jangan gosok kuat2 dengan towel. Sebaiknya dab2 sahaja pelan2 atas tubuh. Sebab kita tak nak kehilangan air dari kulit tadi. Kemudian terus sapukan dengan Aqueous- based krim. Tujuannya ialah untuk memerangkap kelembapan dalam kulit tadi. Dalam blog Dr Zubaidi ada terangkan pasal cream ni. Boleh refer sini. http://drzubaidi.com/blog/?p=2119
Alternative lain kepada Aqueous-based krim adalah minyak zaitun sebagaimana yang diterangkan oleh Dr Zubaidi ya.
Semoga membantu.

Monday, February 27, 2012

Muiz semakin lincah..

Minggu ni nampak sgt yg muiz ni semakin lincah n semakin manje...x blh kene tinggl..menangisla dia...hantar taska pn dia dh mule pandai x mau turun kete...semalam abh dia nk keluar umah dia paut kaki abah dia x nk lepas...punyela dia takut kene tinggl....ermm...semakin pandai anak ummi ye...mlm tdi pun dh pandai berjoget...dengar je lagu barney dia dh mule goyang2 badan dgn kepale...alahai..comelnye....(sorry la gambr x sempat nk ambik...video kat abah dia plk)


video

10 Tip Mengajar Bayi

Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika anda mahu bayi anda menjadi pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membantu bayi anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya.

1. Pengulangan


Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.

2. Jangan Berbahasa Bayi!


Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.

3. Ganjaran


Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.

4. Bacakan Buku


Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. B acalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.

5. Mula Awal


Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.

6. Bersabar


Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.

7. Penerokaan


Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira.

8. Belajar Dengan Gembira


Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.

9. Permudahkan


Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.

10. Teruskan!


Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.

Friday, February 24, 2012

Wanderland pusat sains negara

Dah 2 hari ambik gmbr ni tp x smpat nk upload cz bz sgt...saje jalan2 dkt bwh pusat sains ni cz x pernh masuk lg taman rama2 ni walaupun aku ni keje di psn..bkn ape..x berkesempatan..maklumlakan..seronok tgk rama2 ni tau..mendatangkan ketenangan..masa aku dtg plk tgh sembur air..jdi cantik je tgk..dlm tu aku dpt tgk rama2, ulat beluncas, rabbit, kura2,ikan,kala jengkit n mcm2 lg..korang tgkla gmbr ni ye..klau nk rase ketenangan tu sila la dtg k...

Tuesday, February 21, 2012

Percubaan kali pertama

Nilah hasilnye agar2 yg ku buat..mcm x berape jdi je..org pakai laici aku gnti buah campuran..muiz suke mknamambyk dia mkn mlm tdi..tp aku rase sedap klau mkn susu cair

Saturday, February 18, 2012

Aktiviti muiz bile pergi Pusat Sains Negara

Setiap kali aku keje ujung minggu..muiz msti ikut..ini disbbkan abah dia x mau jge..jdi mcm2 la muiz main untuk mengisi masa lapang..

Friday, February 17, 2012

♬Papaku pulang bwk kuda ♪

Harini suami ku p outstation..blik2 keluar keta bersama kuda..kuda rotan..muiz suka betul main kuda tu..

Thursday, February 16, 2012

Bila lapar berlaku...

Hahaha..nilah yg berlaku apabile kelaparan berlaku...x kira dimane sahaja..janji dpt mkn

Wednesday, February 15, 2012

Akhirnya berjaya menghantar

Harini sy dh berjaya menghantar borang pinjaman perumahan..tunggu lg 1minggu untuk dpt keputusan..alhamdulilla sudah 80% pogress..mintak2han semua dipermudahkan Allah..amin..akan jdi aset pertama ku

Dia pun sibuk menolong

Semlm g rumah umi, tgk2 la ape yg perlu ditolong untuk knduri kahwin nnti..jdi aktivitinye adalah menampal stiker dkt atas tutup botol..jdi si kecik ni pun sibuk membantu..suke dia dgr bunyi penutup tu..dah tu abah dia pun menyakat..di tampalnye stiker yg lbh tu dht dahi..cian muiz.

Friday, February 10, 2012

puding laici

bahan-bahan :

1 tin laici
1 tin susu cair
1 cawan susu segar
3/4 tin susu pekat
6-7 cawan air
setengah peket agar-agar
* 1/2 cawan gula (optional)

cara-cara :
setengah peket agar-agar dan 6-7 cawan air, dimasak sampai agar agar tu dah xde rupe agar agar
lepastu masukkan 1 tin susu cair, 3/4 cawan susu pekat, 1 cawan susu segar
sampai da masak semua

pastu korang tuang je la dalam loyang n biarkan sampai da sejuk
pastu last sekali letak 1 tin laici tu atas agar-agar dah keras tu
n kalau kerajinan, buah laici tu korang kopek kecik kecik la...xde la seketul seketul atas agar agar tuh
da siap, sejukkan......agar agar ni sejuk sejuk baru sodap !!

Thursday, February 9, 2012

jge 2 bdk tecik

Mlm ni kene jge 2 *nak sekali.alhamdulilla senang jge walaupun mule2 nk tdo tu ada menagis ckit..tp sy berjaya memujuk n menidurkannye sekali..tgkla ni mcm2 gaya muiz buat..

Wednesday, February 8, 2012

Yes dh berjaya buat blog guna bbm.

Sy dh berjaya menggunakan blog by bbm.tq bebyak kpde kwn sy hanidatul ye.dialh salah seorg penyumbang kepada kejayaan ini
(•͡.̮ •͡ )
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Lallalala

Teraiiiiiiii


Ok babai!!!



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tadaaaaa

Lalalalalalalala
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone