Monday, December 31, 2012

akhirnye....

harini 31/12/2012...dh nak abis thun dh utk thun 2012..dh aku tercapai jgk akhirnya utk memiliki barang yg aku idam-idamkan.....sekarang menunggu masa pulak untuk melahirkan baby dlm perut ummi ni...berharap sangat semuanya berjalan dengan lancar,,,,perut ni pun dh mula sakit memulas..pinggang dh sakit...ikutkan hati malas nk g keje dh tp memikirkan nk ambik cuti panjang jdi kene la bersabar....tahun depan ada misi lain plk hendak dijalankan...semoga Allah permudahkan segalanya....

Tuesday, November 27, 2012

Doa selusuh


 Selusuh boleh disediakan pada air atau minyak sahaja atau kedua-dua sekali.
- Air selusuh yang paling baik adalah dari air zamzam, kalau tiada cari air suling, air hujan mlm Jumat atau air hujan biasa. Air biasa yang telah dimasak juga boleh digunakan jika air2 berkenaan tidak diperolehi.
-Minyak selusuh pula sebaik-baiknya yng diperbuat khas daripada kelapa dan seelok2nya diperbuat sendiri .Cara nak buat minyak ni anda tanyalah pada org2 tua..mesti mereka lebih tahu.
-Doa yang perlu digunakan untuk selusuh dan ditiup pada air& minyak

  • Al-FAtihah
  • Ayat 21-24 Surah Al-Hasyr

  • Selawat Syifaa
  • DOA (nama isteri bt ibunya)
- Air diminun seminggu sebelum jangkaan kelahiran dan disapukan di perut ibu dari atas ke bawah, dengan membaca selawat 7x
-Minyak diminum satu sudu ketika sakit mula terasa. Bagi ibu yang menghadapi masalah bayi melintang, sapukan air dari perut ke bawah untuk betulkan kedudukan bayi dan kemudian diberi minum air.
-Kaedah lain untuk memudahkan bersalin adalah dengan makan buah tamar seperti biasa dan minum air terutamanya 2 atau 3 hari sebelum bersalin
Apa-apa pun kita hanya berusaha, banyakkan solat hajat agar segala2nya dipermudahkan, InsyaAllah jika kita yakin, amalan2 tadi akan mujarab =)

Thursday, November 22, 2012

SEBELUM TERLAMBAT (Khas untuk para suami)



Sedang gugel isi mase boring and hilangkan kepenatan yang berlaku sedikit sebanyak beberapa harini.. Terjumpa entri best ni..mintak izin copy paste cedok letak dlm ni for future reference..
Encik suami sekalian, sila baca tau sebelum terlambat ni...

Oleh DATO' DR. HAJI MOHD FADZILAH KAMSAH


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung keperluan isi rumah.


2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.


3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..


4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.


5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.


6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.


7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.


8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.


9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.


10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?


11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.


12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.


13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.


14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?


15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.


16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.


17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?


18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?


19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.


20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.


21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.


22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali


23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.


Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”





Wednesday, October 31, 2012

khamis lepas pergi checkup mcm biasa. .. Sedih je bila doktor bgtau uri berada di bawah. Klu next week scan lagi & uri masih still di bawah, kena tahan di wad. Alahaiiii begitu sekali ke puan doktor??? Xtau ape punca uri berada di bawah.Ermmm balik umah terus cari info pasal uri di bawah.

Thursday, September 20, 2012

alhamdulillah dh tercapai...

alhamdulillah dapat jgk ku dapat makan ciku hari ni..cari merata mencari sampai ke plaza damaz...beli kat shopping mall mahal lgi...tp mungkin kat situ je yg senang dapt..tq my prens hani....sudi teman p cari...

Tuesday, September 11, 2012

Bismillah Enam

Bismillah Enam



  • Makbul segala hajat dan cita-cita.
  • Luas rezkinya.
  • Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
  • Menang dalam peperangan.
  • Penerang hati.
  • Diajuhkan dari segala penyakit.
  • Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
  • Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
  • Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
  • Aman daripada binatang2 buas.
  • Air laut menjadi tawar.
  • Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
  • Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
  • Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
  • Terselamat dari karam dilaut.
  • Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
  • Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
  • Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
  • Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
  • Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
  • Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
  • Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.
Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; latakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar darpi pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah.
Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.

AMAL LAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH.

adakah perlu dirahsiakan???

Adakah perlu ku terus merahsiakan perkara ni dari org ramai.....tp mcm x bersedia nk beritahu semua org...masih teragak2 nk bagitau bile org bertye...mcmne ni.....

Monday, September 10, 2012

scan ke2

harini scan kali ke 2 kat PPUM..alhamdulilla semua normal...tp kali ni x sempat nk ambik gambar...org tu dh ttp...ish ...jantina masih dirahsiakan...dia x mau tunjuk lg.....

Tuesday, July 31, 2012

Hasil dari sabah

Hehehe..x pyh g sabah pn dpt hasil dari sabaah..tq kawan ku chris sbb sudi membelikan utk sy..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, July 30, 2012

DAGING CILI PADI




DAGING CILI PADI
sumber : Ayu S'pore & Nor Emilia Amran@resipi.net

Bahan2:
500g daging
10 biji cili padi ~ 7bj
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2 cm halia
2 sudu makan sos tiram
2 biji bawang besar ~ potong bulat ~ 1bj
2 biji limau kasturi ~ diperah ambil jusnya ~ 1bj
5 biji cili merah ~ 3bj
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam ~ k.nor tambah
garam dan gula secukupnya

Cara:
Panaskan minyak dan goreng daging sehingga lembut dan ketepikan (k.nor rebus dulu utk melembutkan daging).
Masukkan halia, cili padi, bawang putih dan bawang merah kedalam pengisar dan kisar.
Panaskan minyak semula (gunakan minyak goreng daging tadi) dan tumiskan bahan2 yang telah dikisar tadi.
Tumiskan sehingga kekuningan kemudian masukkan sos tiram, garam dan bawang besar (juga serbuk lada hitam). Apabila baunya mulai naik, masukkan jus limau kasturi. Masukkan daging dan gaul sehingga rata. Masak sehingga mendidih dan kuah menjadi pekat.

Wednesday, July 25, 2012

Gulai Rebung & Daging

Gulai Rebung & Daging
Resepi : Chef Hanieliza

Bahan
500 gm rebung jeruk [rebung hutan kecil]
200 gm daging [hiris nipis]
3 cawan santan [1/2 biji kelapa]
1 s/b kerisik [jika suka]
2 keping asam keping
3 s/b minyak
garam

Bahan Tumis
3 s/b rempah kari daging
3 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] tumbuk
2 cm halia ]
1 cm kulit kayu manis
daun kari (takde stok jd MaDiHaA tak letak)

Cara
1. Rebung dipotong pendek dan basuh. Rebuskan sehingga agak lembut. Toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan santan, daging dan rebung dan masakkan sehngga daging lembut.
4. Masukkan garam dan asam keping.
5. Perlahan api. Masak sehingga agak pekat dan naik minyak
5. Tutup api dan hidangkan dengan nasi putih.

Selamat mencuba!

hari ke-4 puasa

harini macam bersahur seperti biase...ringkas je..makan nasi, telur kicap, dgn ulam..serta kurma...sedap je mkn...mcm x de ape2 yg berlaku...lepastu bile mandi nk solat plk...terase loye nk muntak....sekali...uwekkkk...abis semua isi perut terkeluar...pae yg mkn tdi langsung keluar...x de yg tinggal...sedihnye....dah 2 hari jadi mcmni...nk sahur ape ye biar x jdi mcmtu lg...kesian si kecik dlm perut ni..entah dpt mkn ke x....x pe la...mungkin ada hikmah disebliknye....

racun122671@ Usai Santap Makan Siang, Puluhan Santri Keracunan

Monday, July 23, 2012

resepi daging salai

BAHAN-BAHAN :
½ kg daging batang pinang (dihiris nipis setelah disalai atas bara)
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
4 batang serai
1 ulas kunyit hidup
2 helai daun kunyit
500 gm pati santan
2 keping asam gelugur
Sedikit air, garam dan gula

CARA MEMBUATNYA:
1. Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam periuk. Tambah secawan air dan didihkan seketika.
2. Masukkan pati santan bersama daging salai. Kacau perlahan sampai mendidih
3. Akhir sekali, masukkan hirisan daun kunyit untuk menambah aroma.

Tuesday, July 17, 2012

Scan pertama (3 bulan)

Pada 16hb hari pertama buat scan dkt ppum..mcm x percaya dh 3bln.alhamdulillaa semua ok..paling best dapat tgk baby tu buat aksi bergelongsor dlm perut ni..mmg x reti diam dia..erm nk panggil ape ye..nk cari name la..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, July 4, 2012

NISFU SYAABAN

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, jumaat malam) Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x
2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, jumaat malam)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik.
Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)
3. Baca surah ikhlas 1000x
4. Berpuasa pada siangnya (Jumaat)
Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah:
1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:
1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof didalam syurga.
2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw) : pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.
Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Friday, June 29, 2012

Selipar baru

Akhir dapat jgk bli kasut utk kaki ku yg special ni..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, June 27, 2012

setahun dua bulan

genap setahun 2 bln pada 24/06/2012 muiz dh...ingatkan dia dmm coz tambah umur rupenya nk tambah gigi...sekali tumbuh 2 gigi geraham atas..patutla dmm..bile mlm je panas sgt bdn dia...nk susu je..x blh tdo....kesian ummi tgk.bile siang masa dia menagis baru perasan gigi geraham atas dia nk keluar dh..dh nampak putih2..x pe ye muiz semoga cepat pandai anak ummi ni...

Thursday, June 21, 2012

alhamdulilla dapat makan asam pedas....tapi....

harini alhamdulilla dapat mkn asam pedas...dengan penuh nikmat ku merasainya....sampai muiz pun pandai dok diam sambil mkn....dapat mkn asam pedas dgn kicap lg...mcm mkn kat umah tu....alhamdulilla kenyang....tapi...kenikmatan tu x lama....sampai je rumah mase mandi...ha...ambik....semua keluar blik.....sygnye....x lame dia duduk dlm perut....kot2 x sampai pun...habis terkeluar semua.....erm...agak tuk jgkla...sampai x larat nk berjalan dh akibat kemuntahan berlaku....x pela..yg penting dh lepas kempunan tu....asam pedas oh...asam pedas....



Wednesday, June 6, 2012

mengandungkan bayi perempuan

Amalan Pemakanan 1-4 bulan kandungan (dalam proses pembentukan janin):

1. Banyakkan makan sayur, sup dan asam serta beralkali
2. Banyakkan makan buah-buahan
3. Amalan minuman berkarbonat/gas (janganlah selalu)

Amalan Perbuatan 1-9 bulan kandungan :

1. Mengamalkan bacaan surah Yusuf dan Maryam (surah Yusuf untuk kuatkan badan dan bayi, lebihkan mengamalkan surah maryam untuk pembentukan minda bayi * lebihkan/kekerapan kepada surah Maryam

2. Mengurut kandungan/perut dan bercakap dengan bayi dalam kandungan dengan memanggilnya dengan nama “Maryam” atau “Siti Aisyah”

3. Berdoa selepas solat (biasalah kan….)

Fizikal ibu yang mengandungkan bayi perempuan - perutnya meleper atau membulat rata ke kiri dan kanan.

Doa untuk mendapatkan anak kembar :-

Doa untuk mendapatkan anak kembar :-
i) Surah As-Saaffaat Ayat 120:

Maksudnya : alam sejahtera kepada Nabi Musa dan Nabi Harun!.

ii) Surah As-Syura ayat 50:

Maksudnya : tau Ia mengurniakan mereka kedua-duanya - anak lelaki dan perempuan, dan la juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya mandul. Sesungguhnya Ia Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.

Petua-petua :-
i) Minta doa daripada orang-orang yang soleh.

Firman Allah Taala dalam surah An-Nahl ayat 43:

Maksudnya : "Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui.
ii) Nazar yang tidak bertentangan dengan syarak.

Firman Allah Taala dalam surah Ali Imran ayat 35:

Maksudnya : (lngatlah) ketika isteri lmran berkata: Tuhanku! Sesungguhnya aku nazarkan kepadaMu anak yang ada dalam kandunganku sebagai seorang yang bebas (dari segala urusan dunia untuk berkhidmat kepadaMu semata-mata), maka tenimalah nazarku; sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
iii) Jangan menzalimi binatang.

Firman Allah Taala dalam surah Ali Imran ayat 36:

Maksudnya : aka apabila ia melahirkannya, berkatalah ia:ahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-harapkan ialah anak lelaki), dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu - dan memanglah tidak sama anak lelaki dengan anak perempuan; dan bahawasanya aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan peliharaanMu, demikian fuga zuriat keturunannya, dari godaan Syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan)".

Doa untuk mendapatkan anak yang Soleh.

Doa untuk mendapatkan anak yang Soleh.
i) Surah Al-Furqan ayat 74:

Maksudnya : ahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuniat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa
.

ii) Surah Al-Hijr ayat 17 :

Maksudnya :
an Kami pelihara (urusan) langit itu dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang kena rejam.

iii) Surah Al-Baqarah ayat 128:

Maksudnya : ahai Tuhan kami! Jadikanlah kami berdua : orang-orang Islam (yang berserah diri) kepadaMu, dan jadikanlah daripada keturunan kami: umat Islam (yang berserah diri) kepadamu, dan tunjukkanlah kepada kami syariat dan cara-cara ibadat kami, dan terimalah taubat kami; sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani


iv) Surah Ali Imran ayat 36:

Maksudnya :
aka apabila Ia melahirkannya, berkatalah ia: ahai Tuhanku! Sesungguhnya aku telah melahirkan seorang anak perempuan (sedang yang aku harap-hurapkan ialah anak lelaki), dan Allah memang mengetahui akan apa yang dilahirkannya itu dan memanglah tidak soma anak lelaki dengan anak perempuan dan bahawasanyu aku telah menamakannya Maryam, dan aku melindungi dia dengan pelharaanMu, demikian juga zuriat keturunannya, dan: godaan syaitan yang kena rejam (yang dikutuk dan disingkirkan).

sudah sah....

saya sudah disahkan mengandung tp masih awal lg..jadi masa scan x nampak lg..just nampak kelongsong dan rahim dh kembang.....semoga segalanya selamat....x sangka pn aku mengandung ...tp bersyukur terhadap kurniaan yg diberi...

Monday, June 4, 2012

puding buah buahan koktel ..ringkas dn simple je.

puding buah buahan koktel ..ringkas dn simple je.

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs415.snc4/47822_146560558717597_100000909613456_222236_15066_n.jpg

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs305.ash2/58498_146561108717542_100000909613456_222237_6252251_n.jpg

resepinye mudah sngt.
1 tin buah2 campor
1 tin susu cair
2 sudu gula
2 sudu tpong kastad
caranye:
tpong kastad d bncuh dgn sikit air, ambil buah2 dlm tin dn asingkn airnye dn buah.airnye d tuang dlm kuali+ susu cair+gula 2 sudu dn tpong kastad yg d cmpor dgn air sikit.kacau dgn api kecik smai mendidh.jgn kuatkn api nanti pecah minyak x lawa. pas sejuk bru cmporkn dgn buah2 koktel dn leh lah d simpan dlm peti ais.tmbahn ..klu nk buh sumijeli @ agar2 pon boleh.

Friday, June 1, 2012

Adakah benar...

Aku mcm x percaya..sbb dh lewat period ni..lepastu rase susu pn mcm kurang n bile jalan rase cpt penat..kepale pening..adakah muiz nk dpt adik..jdi g lah beli test kid..alhamdulilla..ni hasilnye..terkejut btl..tp kne cnfmkan dulu..jdi kne g jumpa dr..
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, May 30, 2012

muiz dh pandai jalan

video

dah setahun dah muiz ni.....dah pandai jalan...dah banyak mulut....

Alhamdulilla petang ni dpt dh kereta baru..dpt no sama dgn plat viva..bersyukur kepada Allah atas kurniaan yg diberikan

Lala

Test
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, May 8, 2012

triple

Muiz suke makan agar2..jadi seronok nk buat...tpi kekadang kekangan masa x dpt nk buat...hehehe..tpi rase ujung minggu ni nk buatla... ni ambik resepi dari kak ida....


bahan-bahanya: coklat kek atau sponge cake...potong kecil dan letak dalam tupperware...siram sikit dengan air dari tin buah-buahan cocktail....buatkan custard.... guna susu uht full cream 1L campur 3 sdb gula putih...masak susu hingga mendidih...bancuh 4 camca besar tepung kastad dengan sedikit susu atau air...perlahankan api...tuangkan perlahan-lahan bancuhan kastad ke dalam susu sambil terus di kacau hingga kastad pekat...masukkan sebiji kuning telur...pukul dulu...tuang perlahan-lahan sambil terus di kacau.... masukkan 1 sdt vanilla dan 1 sdb butter...kacau sebentar...kastad jangan kental sangat nanti susah nak tuang atas kek...

tuangkan kastad atas kek hingga cover semua....biar keras sebentar....
kemudian sudukan fruit coctail atas custard...(kkida guna tropical fruit cocktail)...
masak agar-agar instant...kkida guna brand nona...ikut arahan pada kotak...perlahan-lahan tuangkan atas kastad dan buah tadi...biarkan agar-agar keras...tutup tupperware dan simpan dalam peti sejuk...

Wednesday, April 18, 2012

POPCAKE SERI KELAKAR.

POPCAKE SERI KELAKAR.

Bahan :
1) 1 roll swiss roll - saya guna choc moist cake
2) 150g cream cheese
3) 50g icing sugar
4) Compound Dark chocolate - saya guna choc masakan biasa aja
5) White Chocolate + strawberry emulco + fresh cream (fresh cream sikit je.. ala2 nak buat ganache tapi jangan cair)

Cara :
Pukul cream cheese + icing sugar.
Ramas swiss roll sampai hancur dan masukkan cream cheese tadi.
Gaul sebati dan bulat2 kan sebesar saiz ping pong.
Kemudian masukkan dalam petiais at least 2 jam..

Cairkan dark coklat (steam bath).
Cairkan white chocolate + cream + emulco - masukkan dalam piping bag utk hiasan.

Bila pop cake dah keras - celupkan dalam dark chocolate. Buat sampai habis.
Masukkan dalam peti ais sebentar sebelum di hias.


nnti nk buat...mcm best je

Monday, April 16, 2012

Belajar mkn aiskrim

Bukan main suke muiz.dpt mkn aiskrim.habis mulut comot.share dgn umi tp dia mkn byk.umi dpt clit je
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Friday, April 13, 2012

Donut pertama ku.

Dh lame nk buat donut tp x sempat je.harini memandangkan masih bercuti jdi rase nk buat donutla..lg pn adik n muiz suka mkn donut..nilah hasilnye.walaupun baru pertama kali..

Monday, April 9, 2012

adakah anda pernah dengar masalah kekurangan zat besi @ lebih senonim dgn anemia

adakah anda pernah dengar masalah kekurangan zat besi @ lebih senonim dgn anemia?

aritu muiz masuk hospital kerana muntah-muntah.dr sahkan bahawa perut dia kene jangkitan virus..sbb tu dia muntah x berhenti...tp selain tu dr jugak suspect muiz kene THALASEMIA...agak terkejut jgk dengar...mane blh kene..aduh..penat pk..tp thing +ve..tunggu lg 2 minggu result..jadi jumaat lepas g hospital blik untuk follow up..result semua -ve..tp dr ckp darah pucat n kurang zat besi..jdi dr bg vitamin untuk mkn iaitu zat besi n multivitamin...dr tgk lg 3 bulan..disamping itu dr suruh bg susu formula yg tulis diperkaya nutrisi...aduhai..t yg tersentap..adakah kene berhenti bf ?

jadi suami ku kate x pela kite try...jdi g lah tesco cari susu...bile tanye dkt promoter dia kate x sesuai untuk baby bwh 1 thn..jdi x jdila beli..tp kat kepala ni still x rela lg nk bg susu formula..kesiannye anak ummi..tp adakah betul tindakan ku....risau dibuatnye...

Lirik Sudah Cukup Sudah- Nirwana Band

Tetibe dengar lagu ni...aduh tersangkut plak..best plak dgr...

Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu

Korus:
Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkanku sesuka hatimu
Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisa
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin tersiksa
Lebih baik ku pergi saja
Telah berulangkali ku coba mengalah
Ternyata sabarku tak berarti untukmu

Band: Nirwana Band
Tajuk Lagu: Sudah Cukup Sudah

Sunday, April 8, 2012

Budak zaman IT

Cube teke ape muiz tengah buat..khusyuk gile dia tgk laptop tu.x bergerak2 dari tdi..rupe-rupenye pakcik dia bukak kan barney..tu yg berdiri x berganjak2 tu..org panggil pn x tgk..mule2 berdiri,umi dia kesian bglah duduk dekat kude..

Sunday, April 1, 2012

Jenjalan pantai remis.

Ingat nk cari kerang dkt sini..sekali sampai jln tutup olh rela..ingtkn knpe rupanya ada perytandIngan memancing..

Sunday, March 18, 2012

Resepi donut

Bahan-bahan
- 1kg tepung gandum
- 2 sudu planta
-2 sudu susu
-1 bungkus muripan
-1 sudu the garam
-2 cwn air
Cara2
- bancuh muripan dlm air
-bancuh garam dgn air
-gaulkan rata semua bahan
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, March 14, 2012

Set 3m

Akhirnya berjaya aku membeli set 3m untuk membanyakkan susu..memandangkan stok susu agak berkurangan n muiz pun dh mula kene enzema jdi aku mengambil keputusan untuk membeli set ini..tujuannya adalah agar muiz dapat zat yg memcukupi agar muiz sihat..x sanggup tgk muiz bergaru je bile panas.kesian tgk..jdi ummi berkorbanla sedikit wang untuk kesihatan anak ummi..lepasni nk tengok ada x perbezaan selepas mnum..klau ada perubahan akan ummi war-warkan kepada yang lain..

manfaat membaca yasin

Salam bahagia , salam sejahtera buat semua yang sudi membaca blog saya ini....alhamdulillah, hari ni dah Jumaat, esok lusa adalah hari bersama keluarga.

Hari bahagia ini ingin saya kongsikan manfaat membaca surah Yassin. Saya teringat satu sekolah ini, yang menggalakkan anak murid membaca Yassin di awal pagi untuk mendapat lebih keberkatan dan waktu yang sama mendidik hati yang tawaduk pada Ilahi.




Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud: “Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu:

Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.
Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
Jika terpenjara akan dibebaskan.
Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
Rasulullah S.A.W bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yasin. Sesiapa membaca surah Yasin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.”
Sabda Rasulullah S.A.W lagi: “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yasin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya.”
Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
Rasulullah S.A.W bersabda selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan rakaat kedua Tabaroka. Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.

Tuesday, March 6, 2012

DOA-DOA ( SEMANIS KURMA)


Doa-doa ni aku ambil dari rancangan SEMANIS KURMA..leh kongsi sama2…

Doa Pelindung Diri : Surah Al-Hasri ayat 26

Doa untuk pikat suami n lembutkan hati: Surah Toha ayat 1 -5

Doa Kebahagian Rumah Tangga : Surah Al-Kahfi ayat 1 dan Surah Ar-raddu ayat 31, Surah Yusof ayat 30.

Doa Untuk Ibu Yang Sedang Mengandung : Surah Mariam,Al-Fatihah, Al-Hujjurat, Yassin,AL-Taubah dan Surah Al-Imran ayat 38, Surah Al-Soffat ayat 100

Doa Hindari Kemaksiatan dan Kemungkaran ALLAH swt: Al-Mukmin ayat 97-98, dan Al-Maidah ayat 25.

Doa Untuk Memperolehi Zuriat: Surah Al-Imran ayat 38 dan 200, Surah Al -Anbia ayat 89

Doa Lembutkan Hati( doa Nabi Daud) : Surah Al- Hasri ayat 21

Doa Untuk Elakkan dari Kejahatan Manusia : Surah Al-Yusof ayat 33 dan Surah Al- Qadr

Doa Untuk Elak Berkata Belit: Surah Al-Imran ayat 8

Doa lapangkan Hati/Mudahkan Urusan /Bukakkan Simpulan Yang Sukar: Surah Toha ayat 25 sampai 28

Doa Jauhi Sihir: baca Al-Fatihah, Baca 3 kul, Ayat Kursi , baca 2 baris terakhir Surah Al-Buqarah, makan 7 biji Kurma, bwuduk sebelum tdo, zikir.

Doa Elak Penceraian, bina rumah tangga kerana Allah, suami pimpin isteri kejalan Allah swt: Surah An-Nissa’ ayat 34,

Doa untuk Jadi Isteri Solehah/ jgn mintak apa2 diluar kemampuan suami/doa murah rezeki untuk perkahwinan: Surah Al-Imran Ayat 26 dan 27, Surah al-Taubah ayat128 dan 129, Surah Al-Anbiya ayat 87

Doa Untuk Jadi Isteri yg Taat n Solehah: Surah Al-Furqan ayat 74, Surah As-saafat ayat 100 dan Surah Ibrahim ayat 41..

Tuesday, February 28, 2012

Muiz kene eczema

Eczema Muiz lebih kurang macam saya punya. Muiz bukan setakat tak boleh habuk @ cadar, @ selimut lama, malah Muiz tak boleh berpeluh!. Bila berpeluh, kuman muncul, Muiz akan garu2 dan kuman akan masuk dalam kesan-kesan calar yang Muiz buat. Muiz juga tak boleh mandi pakai sabun biasa. Sabun Iman adalah Sebamed. Iman tumbuh ruam siap ada nanah @ cecair dalam ruam tu. Cecair @ nanah tu muncul bilamana rashes yang digaru tadi dimasuki kuman. Kalau sampai dah masuk kuman, no choice, memang kena pakai ubat yang steroid based (ye, saya tau tak elok). Tapi kita juga tak nak anak menderita sakit. So, pakai ikut yang doktor sarankan ya. . Contoh macam Fucicort, H-cort dan -cort2 yang lain. Ianya digunakan 2 atau 3 kali sehari untuk meredakan bengkak di mana bakteria dah pun wujud pada kulit yang kena eczema tadi.



Kalau katakan ruam Iman terlampau teruk sehingga ke tangan dan kaki, doktor akan berikan Antihistamine. Antihistamine ni akan bertindak untuk mengawal sistem immune badan yang keluarkan histamine apabila badan kita ditrigger oleh agent allergik tadi. Senang kata, antihistamine ni akan kurangkan penghasilan histamine dalam badan kita. Contoh antihistamine yang selalu saya perolehi untuk Iman ialah Atarax (hydroxyzine), Claritin (loratadine), dan Zyrtec (certirizine).

Tips untuk mengurangkan Eczema @ Allergik.

Cari punca yang trigger eczema @ allergik anda. Bila dah jumpa, elakkan untuk bergaul dengannya. Kalau allergik habuk, rajin2 lah basuh cadar, selimut, towel & etc.
Gunalah sabun yang khas untuk orang yang allergik. Jangan guna sabun basuh baju yang brbuih banyak. Ia bukan sahaja tak elok untuk alam sekitar (non-degradable), malah boleh merengsakan kulit. Contoh sabun adalah jenama Pureen yang amat sesuai untuk bayi dan anda.


Minimumkan mandi. Kalau mandi, jangan guna sabun yang banyak buih. Sebab kulit akan jadi lebih kering. Bila kering, kulit akan rasa gatal selalu. So, kita akan tend untuk garu. Bila garu, kuman pun masuk. Jadi, pakailah sabun yang khas untuk kulit yang sensitive. Biasanya mahal sikitlah. Nak buat macam mana kan.
Kalau mandi tu, biarlah dengan air suam. Bukannya air sejuk atau air super duper panas. Saya suka mandi air panas, rupanya hive saya akan bertambah teruk bila kena air panas. Kalau boleh rendam lah lama sikit dalam bathtub sampai kulit tu macam kecut2 sikit. Tujuannya nak air masuk sikit dalam kulit. Bila kulit lembab, ia tak kering, dan tak prone untuk gatal.
Lepas mandi, jangan gosok kuat2 dengan towel. Sebaiknya dab2 sahaja pelan2 atas tubuh. Sebab kita tak nak kehilangan air dari kulit tadi. Kemudian terus sapukan dengan Aqueous- based krim. Tujuannya ialah untuk memerangkap kelembapan dalam kulit tadi. Dalam blog Dr Zubaidi ada terangkan pasal cream ni. Boleh refer sini. http://drzubaidi.com/blog/?p=2119
Alternative lain kepada Aqueous-based krim adalah minyak zaitun sebagaimana yang diterangkan oleh Dr Zubaidi ya.
Semoga membantu.

Monday, February 27, 2012

Muiz semakin lincah..

Minggu ni nampak sgt yg muiz ni semakin lincah n semakin manje...x blh kene tinggl..menangisla dia...hantar taska pn dia dh mule pandai x mau turun kete...semalam abh dia nk keluar umah dia paut kaki abah dia x nk lepas...punyela dia takut kene tinggl....ermm...semakin pandai anak ummi ye...mlm tdi pun dh pandai berjoget...dengar je lagu barney dia dh mule goyang2 badan dgn kepale...alahai..comelnye....(sorry la gambr x sempat nk ambik...video kat abah dia plk)


video

10 Tip Mengajar Bayi

Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika anda mahu bayi anda menjadi pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membantu bayi anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya.

1. Pengulangan


Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.

2. Jangan Berbahasa Bayi!


Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.

3. Ganjaran


Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.

4. Bacakan Buku


Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. B acalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.

5. Mula Awal


Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.

6. Bersabar


Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.

7. Penerokaan


Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira.

8. Belajar Dengan Gembira


Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.

9. Permudahkan


Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.

10. Teruskan!


Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.