Thursday, December 29, 2011

Cara Rasullullah SAW melayan isterinya

1) Panggil dengan panggilan mesra
2) Makan bersama - sama dan bergurau senda
3) Makan 1 pinggan bersama pasangan
4) Saling jilat/sisip jari pasangan
5) Suap - menyuap ketika makan
6) Minum 1 gelas bersama pasangan
7) Tidur 1 selimut
8) Tidur atas ribaan isteri
9) Mandi sama - sama sambil gosok - menggosok pasangan
10) Sikat rambut isteri
11) Tolong memasak ketika di rumah
12) Memberi hadiah kepada isteri
13) Sentiasa puji kecantikan isteri
14) Beritahu isteri ke mana hendak pergi dan bila akan balik

Cupcakes Carrot + Labu Berempah untuk baby

1½ cawan tepung wholemeal (jika tiada boleh pakai tepung kek biasa)

½ cawan gula perang
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil baking soda
1½ sudu teh serbuk kayu manis
½ sudu teh buah pala (nutmeg)
¼ sudu kecil garam (pilihan anda jika mahu)
1 cawan lobak merah dicincang
1 cawan puri labu
1/4 cawan extra virgin olive oil
1 sudu kecil vanila essen
2 sudu besar ground flax (kalau takde tak apa)

Panaskan oven 180 C.
Muffin pan digris atau diletak kertas pelapik.
Dalam mangkuk sederhana, campurkan tepung, baking powder, soda, gula, garam, kayu manis dan buah pala. (Campuran kering)
Dalam mangkuk besar, campuran puri labu, minyak zaitun EVOO, vanila dan lobak merah. (Campuran basah)
Tambah campuran kering kepada campuran basah kacau sehingga bergabung.
Isikan cawan kertas pelapik dengan ¾ penuh.
Bakar selama 15-25 minit atau sehingga garpu yang dimasukkan ke dalam kawasan tengah cupcake itu keluar bersih.
Kurangkan masa membakar kepada 15 minit untuk mini cupcakes, 20 minit untuk standard cupcakes dan 25 minit untuk kek 10" bulat (jika membuat kek, lapik dengan kertas minyak).

Frosting Cream Cheese + Maple Syrup
½ bar atau 4oz cream cheese
¼ cawan maple syrup

Semasa cupcake sedang seduh (menjadi sejuk), ambil setengah bar keju krim dan biarkan ia lembut sedikit.
Untuk membuat frosting, hanya putar keju krim dengan sirap maple sehingga licin (gunakan pemutar elektrik lebih baik)

Cupcakes Carrot + Labu Berempah untuk baby

1½ cawan tepung wholemeal (jika tiada boleh pakai tepung kek biasa)

½ cawan gula perang
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil baking soda
1½ sudu teh serbuk kayu manis
½ sudu teh buah pala (nutmeg)
¼ sudu kecil garam (pilihan anda jika mahu)
1 cawan lobak merah dicincang
1 cawan puri labu
1/4 cawan extra virgin olive oil
1 sudu kecil vanila essen
2 sudu besar ground flax (kalau takde tak apa)

Panaskan oven 180 C.
Muffin pan digris atau diletak kertas pelapik.
Dalam mangkuk sederhana, campurkan tepung, baking powder, soda, gula, garam, kayu manis dan buah pala. (Campuran kering)
Dalam mangkuk besar, campuran puri labu, minyak zaitun EVOO, vanila dan lobak merah. (Campuran basah)
Tambah campuran kering kepada campuran basah kacau sehingga bergabung.
Isikan cawan kertas pelapik dengan ¾ penuh.
Bakar selama 15-25 minit atau sehingga garpu yang dimasukkan ke dalam kawasan tengah cupcake itu keluar bersih.
Kurangkan masa membakar kepada 15 minit untuk mini cupcakes, 20 minit untuk standard cupcakes dan 25 minit untuk kek 10" bulat (jika membuat kek, lapik dengan kertas minyak).

Frosting Cream Cheese + Maple Syrup
½ bar atau 4oz cream cheese
¼ cawan maple syrup

Semasa cupcake sedang seduh (menjadi sejuk), ambil setengah bar keju krim dan biarkan ia lembut sedikit.
Untuk membuat frosting, hanya putar keju krim dengan sirap maple sehingga licin (gunakan pemutar elektrik lebih baik)

Tuesday, December 27, 2011

MP3 RUQYAH SYAR’IYAH

Dalam cara rawatan Islam, perawat akan membacakan beberapa potong ayat-ayat Al-Quran supaya pesakit dapat mendengarnya dengan khusyuk. Bagi mereka yang ada gangguan, biasanya apabila dibacakan Al-Quran pada telinganya, si Jin, syaitan atau iblis yang berada di dalam tubuh si pesakit itu akan merasa panas dan lama-kelamaan dia tidak akan boleh bertahan dengan berdiam diri.


Maka timbul lah berbagai reaksi dari pesakit itu. Antaranya ialah pesakit akan rasa:
- pening-pening kepala
- mabuk
- muntah-muntah
- menggeletar
- pengsan
- seram-sejuk
- berdebar-debar


Untuk makluman, ayat-ayat Al-Quran yang biasa digunakan untuk rawatan makhluk halus adalah lebih dikenali sebagai Ayat-ayat Ruqyah.


CARA MENGGUNAKAN MP3 RUQYAH SYAR’IYAH
1) Bagi kesihatan diri dan keluarga,pasangkan cd/mp3 ini didalam rumah/premis perniagaan 3x sehari atau pasangkan dari malam sampai pagi (auto repeat).


2) Bagi pesakit gangguan jin,dilarang memasangnya didalam kereta,kesannya akan mengakibatkan kita mengantuk dan mengganggu pemanduan.


3) Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam,anda perlu pasangkan dengan kuat,insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.


4) Untuk merawat histeria,sihir,saka dan lambat jodoh,sediakan 3botol besar air mineral,buka penutupnya dan pasangkan cd/mp3 ruqyah ini 3round sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit).Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3x sehari dan lakukan hari berikutnya sehingga air tadi habis.Tiap-tiap lepas solat perlu baca qursy 3x dan al insyirah 3x secara istiqomah.Kemudian sebelah malamnya pula,cd/mp3 ruqyah ini hendaklah dipasang dari malam sampai pagi selama sebulan.


5) Bagi memulihkan rumah/premis perniagaan yang bermasalah,cuma pasangkan 3x sehari untuk 3hari berturut-turut.


6) Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat,perdengarkan cd/mp3 ruqyah ini 3x sehari,insyaAllah kita akan cergas dan kembali bersemangat.


*BAGI UNTUK MENDAPATKAN KESEMBUHAN YANG MAKSIMUM BILA MENDENGAR MP3/CD RUQYAH INI,SILA PEJAMKAN MATA DAN DENGAR SEHINGGA TAMAT TANPA MENGIKUT BACAANNYA DIMULUT ATAUPUN DIHATI*


Urutan Ayat-Ayat Ruqyah || No; Nama Surah; Juzuk; Ayat


1 Al-Fatihah 1 Seluruhnya
2 Al-Baqarah 1 1-5
3 Al-Baqarah 1 102
4 Al-Baqarah 2 163-164
5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255
6 Al-Baqarah 3 285-286
7 Ali-Imran 3 18-19
8 Al-’Araf 8 54-56
9 Al-’Araf 9 117-122
10 Yunus 11 81-82
11 Toha 16 69
12 Al-Mukminun 18 115-118
13 As-Soffaat 23 1-10
14 Al-Ahqaaf 26 29-32
15 Ar-Rahman 27 33-36
16 Al-Hasyr 28 21-24
17 Al-Jin 29 1-9
18 Al-Ikhlas 30 Seluruhnya
19 Al-Falaq 30 Seluruhnya
20 An-Naas 30 Seluruhnya


Selain mengubati penyakit yang melibatkan jin dan syaitan, amalkan memasang audio ini di rumah terutamanya jika anda baru berpindah ataupun merasakan ada sesuatu tidak kena pada tempat tinggal anda. Sebar-sebarkanlah perkara ini kerana mungkin ada keperluannya pada insan yang memerlukan. InsyaAllah.



Penerangan lanjut mengenai Ayat Ruqyah ini, boleh rujuk di http://mp3ruqyah.com


SUMBER: OHISLAM

Friday, December 16, 2011

Pesanan yang ringkas lagi bermakna

Pesanan yang ringkas lagi bermakna

Pagi ni dapat 1 email. Copy paste kat blog untuk dikongsi bersama


- Dr. Fadhilah Kamsah

Untuk kaum lelaki bernama SUAMI & rujukan untuk kaum ISTERI

1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.

4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja. I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya
jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga. Ada suami, isteri

sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata
dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal Cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak s eda ngkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri Cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi
itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur?
Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling
menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga bbelum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah,
perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.


Allah berfirman

"Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"

Thursday, December 15, 2011

ROTI PURI KENTANG

Tetibe jumpe resepi ni..memandangkan muiz dh pandai mkn bende pejal jdi nk buatkan dia roti biar dia gigit sendiri....ujung minggu ni nk buat.tanam kan azam nk buat...biar anak ummi ni pandai...

ROTI PURI KENTANG
sumber: kak Fida@Myr

Bahan-bahan ( 8 keping )

125 g kentang - rebus empuk dan lecek halus
120 g tepung gandum (1 cawan rata)
1 sk garam
50 ml air hangat (10 sb)
secukup minyak masak untuk goreng terendam

Cara-cara

Kentang lecek dicampur dgn tepung dan garam dan digaul rata.
Tuang air hangat sedikit2 ke dlm adunan kentang dan uli hingga tak lekat ditangan.Tambah tepung jika adunan terlembik.Tutup dgn plastik atau kain lembap dan perap 30 min.
Doh di bahagi 8 dan dibulat2kan menjadi bebola kecil.
Canai bebola doh tadi sebesar tapak tangan,buat hingga habis dan dibiarkan 10 min. sementara minyak dipanaskan di dalam kuali.
Goreng doh yg dicanai sekeping2 dlm minyak terendam.Sambil dibalik2kan dan disiram2kan minyak pd kedua2 belah puri.
Goreng puri hingga kecoklatan,angkat dan toskan minyaknya.
Siap untuk disajikan

Wednesday, December 14, 2011

Tuesday, December 6, 2011

tumbuh lg...

wa...semlm tengok2 muiz dah tumbuh sebatang lagi gigi atas...patutla asik gigit ummi je..dia paling suka gigit muka n dagu ummi...ish..mcm2la muiz ni..semoga anak ummi syg ni cepat besar ye...

FADILAT 10 MUHARAM


1.Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.


2.Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.


3.Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.


4.Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.


5.Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.


6.Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.


7.Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.


8.Mandi Sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala."


9.Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.


10.Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.


11.Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala." Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11X.


12.Membaca "has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak mati pada tahun ini.


13.Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat - Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.


14.Puasa. Niat - "Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala." Fadilat - Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.