Thursday, November 24, 2011

7 bulan sudah anak ummi ni...


24/11/2011 genapla 7 bulan anak ummi yg tersayang ni..x sangka dah besar dh..pejam celik pejam celik tgk2 dh besar..muiz dh pandai berdiri..agaknye dia nk belajar jalan...sekarang pun dh bertambah akal dia..bgun tdo dh pandai menangis..klau jauh dgn ummi pun dh pandai menangis..mcm kene cubit je....ai...sabar jela.

.

Tuesday, November 22, 2011

walaupun deman tapi masih bertenaga

Ragam muiz berada di pusat sains ketika mengikut ummi pergi kerje...walaupun demam tp masih bersemangat wajar untuk bermain

"No..No..No..Ummi jgn kacau muiz..muiz nk belajar berdiri ni.."


"Tara.....muiz dh berjaya..ummi tgkla..nnti muiz nk belajar berjalan plak.."

" Aduh penat la plk..



Friday, November 18, 2011

mcmne hendak menyambut ulangtahun

bile tgk semanis kurma mlm semlm..tetibe teringat..bulan ni nk sambut ulangtahun perkahwinan yang ke-2...diam x diam dh nk masuk yg ke dua dh n dah ada seorang anak...kalau masuk yg ke 3 adakah akan bertambah jgk jumlah anak...jdi tunggu n lihat la...rezeki semua ditangan Allah...kite hanya merancang ..Tuhan yg menentukan

Ulangtahun Terindah

Semanis Kurma: 17 November 2011
Tajuk: Ulangtahun Terindah

Ayat Doa 1 (Doa utk pasangan):


Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui akan apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan dan tiada sesuatupun di langit dan di bumi, yang tersembunyi kepada Allah! Surah Ibrahim, Ayat 38

Ayat Doa 2 (Elak runsing)


Dan (sebagai bersyukur) berkatalah mereka: Segala puji tertentu bagi Allah, yang telah menghapuskan perasaan dukacita dari kami; Sesungguhnya Tuhan kami Maha Pengampun, lagi sentiasa memberi balasan yang sebaik-baiknya (kepada orang-orang yang taat); Al-Fathir, Ayat 34

Nota (Tips meraikan ulangtahun):

1. Tukar suasana rumah
2. Sediakan kegemaran pasangan (masakan)
3. Berikan kejutan, special treatment
4. Belikan hadiah
5. Pergi bercuti

Sujud syukur dan banyakkan berdoa utk kebahagiaan keluarga.

8C Buat Suami Benci Isteri

8C Buat Suami Benci Isteri

C1. CABAR

Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata .Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI. nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata.

C2. CABUL

Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua.

C3. CELUPAR

Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.


C4. COMOT

Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje. Ada isteri kata , mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

C5. CEMBURU

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan, sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2.

C6. CEREWET

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

C7. CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak, anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi.

C8. CUAI

Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai, ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.

Renung2kanlah dan selamat beramal..

aduh!!!!!!

abis kete ku di langgar bdk naik motor semlm..x nampak ke org nk masuk parking..yg p mencelah tu buat ape..tention aku...abis pintu kete kesayangan ku..terkejut ku dgn muiz..dh la pintu belah aku duduk...erm...x pe la..benda nk jdi..mungkin ada rezeki lain nk masuk......amin...

Monday, November 14, 2011

ragam muiz..

macam2 ragam muiz ni...minggu ni dia aktiv betul merangkak dan memanjat...x sampai pun sebulan belajar merangkak...sekarang dh sibuk nk berdiri aje..org pegang x bagi...dia tepis tgn sape nk pgg dia..ish..mcm2..sampai jtuh tergolek...tp masih x serik...harini terantuk almari...x padan dgn demam..aktivbkn main...erm ummi dia kems dia pun tolong kemas.....













chair untuk muiz..

semalam bersamaan ahad..hehehe..dh dapat beli chair muiz...senangla dia nk mkn..nnti x pyhla pegang muiz lg bile nk mkn..hehhehe..sbb dia akan sibuk nk mkn bile org tgh mkn...
tgk muiz dh pndai mnum pkai cwn..nnti ummi buatkan air sedap untuk muiz ye..

Thursday, November 10, 2011

x disangka...

x sangka pejam celik dh nk masuk 2 tahun dah kahwin...bulan ni adalah anniversary kite org..dan tahun ni akan sambut bersama 3 org..abah+ummi+muiz...apakah rancangan nk buat ye untuk sambut anniversary ni...erm....mula la teringat mase nikan n majlis kahwin dulu..rase mcm nk upload blikla gmbr kahwin..jengjeng....




















.

muiz dah ada 2 batang gigi


heehheheh..."ummi tengokla..gigi muiz dah ada 2 batang..jadi nnti bolehla muiz mkn biskut ye"agaknye mcmni la muiz berkate dlm hati memandangkan akhir2 ni asaik mengejar je bilo nampak org mkn....dah besa dh anak ummi ye..semoga menjadi anak yang soleh ye sayang...i love u so much....nanti ummi buatkan biskut untuk muiz ye syg....







Wednesday, November 9, 2011

makanan untuk 7 bulan ke atas



Sup ayam bening dengan sawi dan carrot



Sup ini memang simple dan mudah apatah lagi jika anda mahu memperkenalkan ayam. Tiada penggunaan minyak jadi ianya lebih sihat. Yang penting boleh dinikmati bersama-sama keluarga yang lain (cuba asingkan baby dan kita punya. Yang kita punya boleh lah tambah garam sedikit selepas itu)


Tambahan carrot membuatkan ianya manis dan bawang putih pula membuatkan ia bau wangi. Boleh tambah sedikit hirisan halia semasa merebus jika mahu.


Bahan-bahannya:

1 keping ayam (bahagian dada)

2 biji bawang putih

Air untuk merebus

Carrot dipotong daduSawi dihiris halus (daun sahaja)


Cara membuatnaya:

Biasanya ayam saya suka rebus bersama-sama bawang putih yang dibasuh dan diketuk (kulit tidak dibuang).

Selepas Ayam empuk, saya angkat dan kuah sup saya tapis dan kemudian jerangkan lagi hingga mendidih.

Saya kemudian tambah setengah biji bawang holland yang dihiris dan carrot yang dipotong dadu.

Setelah carrot empuk saya masukkan pula sayur sawi (daun sahaja).

Untuk lebih sedap boleh juga tambahkan bay leave.

Untuk variasi boleh digunakan dengan menambah makaroni, taufu lembut, lobak putih atau labu manis

8 garis panduan mudah untuk menyimpan makanan untuk bayi anda, yang dibuat sendiri dengan lebih selamat:

Memandangkan inilah first time nk p bercuti bersama muiz jdi kene la membuat persiapan.



  • Pastikan anda mempunyai cooler yang bertutup rapat yang anda boleh simpan di lokasi suhu terkawal. Sebagai contoh, menyimpan cooler di dalam bahagian kenderaan anda berhawa dingin kerana bonet belakang kereta boleh menjadi terlalu panas dalam cuaca kita di Malaysia ini dan boleh menyebabkan makanan menjadi cepat rosak.


  • Isikan cooler penuh dengan ais. Lebih banyak ais yang lebih baik!


  • Saya hanya angkut makanan yang sudah di beku menjadi cubes.


  • Pack kiub makanan bayi dalam beg ziplock yang senantiasa bertutup rapat dan pek lebih daripada yang anda fikir perlu.


  • Sebaik sahaja anda tiba di destinasi anda, keluarkan makanan dari cooler dan dimasukkan ke dalam peti ais dengan segera.


  • Pastikan kiub makanan yang sudah beku itu tidak mencair, walaupun sedikit. Jika makanan bayi tidak berada di suhu beku yang berterusan, anda mungkin menjejaskan keselamatan makanan tersebut.


  • Jika ia tidak menjadi sedikit cair semasa dalam perjalanan, jangan bekukan kembali. Simpan di dalam peti sejuk bahagian bawah dan gunakan dalam tempoh 12 jam akan datang atau buang.


  • Sebelum diberikan kepada bayi anda, pastikan anda benar-benar memanaskan makanan tersebut di dalam ketuhar gelombang mikro atau atas dapur. Panaskan agak-agak suam-suam kuku dan biarkan sejuk sebelum dihidangkan.

resepi untuk baby 6 bulan

Mickey Mouse Banana and Oat Pancakes - 6 bulan ke atas

Bahan-bahan :
1/2 cup of Rolled Oats
1/4 cup of liquid - Breast Milk, Formula, Rice Milk, water or fresh apple juice
1 Egg or Egg Replacement (tak letak)
1 Large Banana
Cinnamon to taste (serbuk)

Cara-cara:
Once all is in the blender, blend until mixture is nice and smooth and then cook in a hot pan.
Mixture makes around 6 small pancakes.

Tuesday, November 8, 2011

pemakanan baby 6 bulan sehingga 2 tahun

6 BULAN

Kemahiran
Mula menerima makanan pepejal

Jenis Makanan
Makanan lembut
Bubur nasi dikisar
Bijirin untuk bayi (jenis beras)
Buah dan sayur yang dimasak dan dilecek atau dikisar.
Puree Buah

Jumlah & Kekerapan
2 -3 sudu besar untuk setiap hidangan.
2 kali dalam sehari diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap

7- 8 BULAN

Kemahiran
Mula belajar mengunyah

Jenis Makanan
Makanan lembut
Bubur nasi
Bijiran untuk bayi
Buah dan sayur yang dimasak dan dilecek.
Isi ikan, daging dan ayam yang telah dimasak dan lecek.
Makanan yang mengandungi susu eg: Keju, puding susu, krim keju
Telur masak. Cuba dengan jumlah yang sedikit dahulu. * Jangan beri putih telur sehingga mencapai umur 12 bulan kepada bayi sekiranya terdapat sejarah keluarga yang mempunyai masalah alahan atau bayi mempunyai ekzema.

Jumlah & Kekerapan
Tingkatkan secara perlahan-lahan ke 2/3 cawan (cawan saiz 250,l) dan kemudian ke ¾ cawan pada setiap hidangan
3 kali sehari diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap.

9-11 BULAN

Kemahiran
Makan sendiri

Jenis Makanan
Makanan yang dipegang sendiri (dicincang) atau lembut.
Nasi
Bijiran bayi
Sayur yang dimasak, dan dipotong kecil.
Buah
Ikan, daging dan ayam
Susu dan hasil tenusu eg: keju, puding susu, krim keju.
Telur, melainkan sekiranya ada alahan
Kekacang yang dimasak lembut - kacang panggang dan tauhu [Mommy kurang galakkan kekacang selagi belum smpai umur 2 tahun above

Jumlah & Kekerapan
Tingkatkan secara perlahan-lahan ke 3/4 atau ke 1 cawan pada setiap hidangan.
3 hidangan makan utama (sarapan pagi,makan tengahari dan makan malam) dan 1 snek antara waktu makan utama, diselangi dengan penyusuan ibu yang kerap.

1-2 TAHUN

Kemahiran

Makan sendiri

Jenis Makanan
Makanan keluarga yang diubahsuai
Pelbagai jenis makanan keluarga yang sihat seperti : campuran nasi dengan ikan atau ayam dan sayur.
Daging cincang
Makanan yang kurangkan berempah.
Makanan segar (tidak diproses)
Kurangkan garam, gula dan lemak.
Teruskan penyusuan susu ibu.

Jumlah & Kekerapan
3 hidangan makan utama setiap hari (sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam)
2 snek antara waktu hidangan makan utama.