Wednesday, July 27, 2011

pengalaman di ward

26/7/2011 Selasa..

Muiz ku bawak ke emergency room at PPUM coz batuknya semakin teruk...semlm langsung x nk mnum kat taska..n batuknye yg menyebabkan bibirnya biru semakin menjadi..kesian sgt tgk..

ni adalah keadaannye semasa didalam ward..muiz kene masuk air sbb dia kurang mnum...


dan ini adalah hari ke-2..kaki muiz dipasang dgn wayar untuk memonitor keadaan jantung n oksigen didalam bdnnye...

doakn la semoga anakku selamat n sihat semula...amin..


Thursday, July 21, 2011

mnum jus kurma...

sy ni ada masalah susu yg sikit...cukup2 mkn je untuk muiz..jdi mcm2 la pertua sy cube untuk menambahkannye..memandgkan bln puase hampir tiba..kene la buat stok banyak..sekarang sy tgh mencube pertua mnum jus kurma..ni dia...


.

.

.

..

dan ini hasilnya...sekali pump dapat 10 Oz...sblm ni pling bnyak pun 6 Oz sahaje...Alhamdulillah rezeki untuk muiz...harap anak ummi ni membesar dgn sihat ye...

Wednesday, July 20, 2011

Pam dimana???

Saya mengepum di sudut PA Pengarah sy...sbb kat situ je yg terpencil..nk pam kat tempat sendiri risau pulak..sbb terbuka n org selalu lalu lalang..mcm x tenteram pulak...


Antara pilihan tempat untuk mengepam di tempat kerja :-


(1) Breastfeeding room - Masih terlalu sedikit syarikat yang menyediakan breastfeeding room kepada pekerja kerana populasi ibu-ibu yang menyusu biasanya tidak ramai.


(2) Bilik sendiri - Bagi pegawai berpangkat yang mempunyai bilik sendiri tiada masalah nak mengepam di dalam bilik sendiri. Pastikan bilik anda bukan berdindingkan cermin see through dan kunci bilik sebelum mulakan aktiviti


(3) Tumpang bilik bos - Kalau ada bos yang sporting boleh tumpang bilik bos (lebih manis kalau bos perempuan)


(4) Cubicle sendiri - Agak expose tapi kalau pakai pam elektrik dan pandai cover dengan shawl atau nursing cover memang bagus kerana tak perlu tinggalkan kerja untuk menyelesaikan tanggungjawab pada si manja


(5) Surau - Lebih exposure. Kurang sikit privacy tapi bagus kalau ada teman seperjuangan.


(6) Meeting room/ File room - Dan bilik-bilik yang tak ramai orang access atau bilik yang hanya bole di access oleh kaum wanita. Pastikan pintu dikunci dahulu!


Elakkan dari melakukan aktiviti memerah di dalam toilet. Sekiranya ada sesiapa yang menyuruh anda mengepam di toilet katakan "apa kata aku buatkan air kopi utk ko dalam toilet..gamak tak ko nak minum?" Sebaiknya berbincang dengan bos mengenai aktiviti mengepam di tempat kerja. Selain dari mengelak dari dikatakan curi tulang, mereka mungkin dapat memberikan access kepada tempat mengepam yang selesa. Jangan takut bos marah kerana mereka mungkin lebih marah sekiranya mereka ingatkan anda selalu hilang sebab curi tulang. Saya pernah tumpang blkg tempat penyamput tetamu untuk mengepam. Director pun tahu aktiviti saya :)

Wednesday, July 13, 2011

petua nk hilangkan batuk baby.

Petua ni kak anne yg bagi berdasarkan pengalaman dia semasa anak dia kene masuk ward..jdi blh apply ni...

  • ambik dua tiga bunga n seketul gula batu pastu
  • masa masak nasi letakkan bunga n gula dalam mangkuk
  • nanti masa wap nasi tu naik dia akan cairkan gula tu dan jadi air warna pink macam kanji
  • tapis pastu bagi anak minum

Monday, July 11, 2011

The Simple-est Contest Ever!! THE BALD BABY

The Simple-est Contest Ever!! THE BALD BABY


Klik banner untuk join.

Tamat pada 6 Ogos 2011 jam 4 petang

Syarat-syaratnya :

1) Gambar yang dipertandingkan haruslah gambar baby (0-12 months). Tidak Mengapa kalau bukan gambar current, gambar masa baby pun boleh :)
2) Satu penyertaan sahaja bagi setiap peserta.
3) Tarikh tutup : 6 AUG 2011 sebelum 4.00PM
4) The best picture and caption will be chosen as the Winner! Only ONE winner.
5) Keputusan Amir (pengadil) adalah muktamad tau.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sejuknye kepalaku...ringan saja rasanya...

Khairul Idhar Muizzuddin



Wednesday, July 6, 2011

Lasagna

Lasagna
  • 6 keping pasta Lasagna ( yang keping tu, ros beli yang kena rebus dulu, ade jugak yang instant, takyah rebus-rebus, ikut arahan pada kotak lasagna ye cara rebusan nye tu, sbb lain jenama lain caranya.

-bahagian inti daging-
  • 3/4 cawan daging cincang
  • 1 biji bawang putih (dicincang)
  • 1/2 biji bawang besar ( dicincang dadu)
  • 2 biji tomato ( potong dadu)
  • 1/2 biji carrot ( potong dadu)
  • 6 ketul cendawan ( potong dadu)
  • 3 sudu besar tomato ketchup
  • 2 sudu besar olive oil

Bahagian white source
  • 1 cawan susu segar
  • 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar cheese powder
  • 2 sudu besar butter
  • 1 sudu kecil garam
  • sedikit lada sulah

  • Sedikit mix cheese atau mozarela cheese untuk ditabur atas setiap layer lasagna


untuk hiasan
  • sedikit hirisan daun pasley kering

Caranya
1. Buat inti daging dulu, panaskan olive oil dan tumis bawang putih, bawang besar dan tomato ketchup, biar naik bau, baru masukkan daging cincang, kemudian masukkan carrot, cendawan dan tomato, masukkan juga setengah cawan air, sesuaikan rasa, masukkan sedikit garam, gula dan lada sulah biar mendidih dan agak kering. angkat dan sejukkan.

2. Buat White source
campurkan tepung gandum dengan sedikit air, bancuh hingga jadi pes, kemudian curahkan dalam periuk yang berisi susu segar tadi, masukkan lada sulah, butter dan garam, kacau higga pekat.

3. Sedia untuk melapis, ambil acuan petak, dan gliskan dengan marjerin, letakkan 2 keping lasagna tutup pemukaan dasar acuan, kemudian letakkan inti daging ,ratakan keselurahan acuan dan lapiskan dengan white source pula, tabur cheese dan ulang langkah ini sehingga semua nye habis, kiranya lapisan akan jadi 3 set lah, lapisan terakhir white source, tabur atas white source tu dengan cheese dan hirisan dry pasley. Bakar pada suhu 180 darjah selama 30 hingga 40 minit atau sehingga permukaan atas nye perang. Makan panas-panas dan sangat sesuai dimakan bersama spagetti atau hidangan sampingan yang lain. Selamat Mencuba.

lasagna

hubby suka mkn lasagna..nnti nk buatla..dh dapat resepi ni..

Bahan-bahan

500g daging cincang (untuk 6 orang)
1 kotak kepingan lasagna
1 botol sos pasta
Mozzarella cheese (anggaran 120g)
1 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1/2 biji lobak merah
1/2 biji capsicum
2 biji tomato
3-4 biji cendawan butang
Garam dan gula secukup rasa
Mentega
Minyak masak untuk menumis

Cara-cara

  1. Bawang besar dan bawang putih dicincang halus. Lobak merah, capsicum dan cendawan butang dihiris halus. Tomato dipotong nipis atau dipotong dadu.
  2. Panaskan minyak untuk menumis. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan daging cincang dan kacau rata sehingga masak.
  4. Masukkan sos pasta. Kacau rata.
  5. Masukkan lobak merah, capsicum dan tomato. Jika perlu, masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Tunggu sehingga mendidih kemudian padamkan api.
  7. Rendam kepingan lasagna dalam air panas.
  8. Sediakan dulang casserole dan sapu mentega pada permukaan dulang.
  9. Susun kepingan lasagna sehingga menutupi permukaan dulang.
  10. Letak 1 lapisan nipis daging kisar di atas kepingan lasagna dan tutup seluruh permukaan.
  11. Kemudian, letak 1 lapisan cendawan butang.
  12. Letak kepingan lasagna yang lain.
  13. Ulang langkah 10 dan 12 sehingga membentuk beberapa lapisan. Boleh juga kalau nak letak mozzarella cheese di atas lapisan cendawan.
  14. Pastikan lapisan paling atas ialah daging cincang tersebut. Kemudian letak satu lapisan mozzarella cheese.
  15. Akhir sekali, bakar dalam oven dengan suhu 180 darjah celsius selama 30-40 minit.

Saturday, July 2, 2011

resepi paceri terong

bahan2

- terung
- kerisik
- serbuk kari
- bawang kecik
- bawang puteh
- udang kering
- rempah tumis (kayumanis.bga lawang.cengkih.bnda color puteh)
- gula merah
- santan

cara2

-belender bawang merah,bwg puteh , udang kering
-masukkan serbuk kari dlm bhn yg di belender tdi.
- tumiskan bawang yg di rajang (bwg puteh.bwg merah),daun kari.rempah tumis
- masukkn bahan yg di belander tdi.
- masukkan air n gula merah....biarkn sampai masak..
- masukkn santan n terung..sampai terung lembut..msukkn kerisik bagi pekatkn
- jgn lupe letak grm mase masak tdi..