Wednesday, June 29, 2011

Cara Memandikan Bayi

Berkongsi cara memandikan bayi

Bagaimanakah cara terbaik menguruskan bayi terutama kepada yang pertama kali bergelar ibu bapa?

KEPIT telinga bayi supaya tidak dimasuki air ketika mencuci di kepala.


KEPADA pasangan suami isteri yang bakal menimang cahaya mata, terlalu banyak perkara dan persediaan yang perlu dilakukan. Bermula daripada barangan bayi, bilik, kos rawatan, makana dan sebagainya.
Sebaik si ibu selamat melahirkan anak, maka bermulalah fasa baru dalam kehidupan suami isteri.
SIKAT rambut bayi untuk menanggalkan sebarang lendir.


"Kebanyakan individu yang pertama kali bergelar ibu bapa, berasa cemas dan kelam-kabut dalam menguruskan bayi. Ini termasuklah cara penyusuan, menukar lampin dan memandikan bayi.
"Jika diperhatikan, ibu lebih berasa selesa dan selamat sekiranya orang lebih dewasa yang memandikan bayi mereka. Apatah lagi, jika tali pusat bayi masih belum tanggal," jelas Jururawat Kaunselor Penyusuan Susu Ibu, Obstetrik & Ginekologi, Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Norhayati Ahmad.
Tambah Norhayati, 44, yang berkhidmat selama dua dekad di pusat perubatan tersebut, antara tujuan utama membersihkan bayi adalah untuk memberi keselesaan, ketenangan dan mengelakkan g infeksi.
Proses mandian perlu dilakukan dengan cara yang betul dan selamat. Mengapa? Ia bagi mengelakkan bayi mengalami kecederaan yang tidak diingini seperti telinga dan hidung dimasuki air atau kulit bayi melecur.
NORHAYATI AHMAD


Sebelum memandikan bayi, isikan air suam dalam bekas mandian. Periksa suhu kehangatan air tersebut dengan menggunakan siku. Jangan sesekali menggunakan air sejuk kerana ia boleh menyebabkan suhu badan bayi menurun atau hipotermia.
"Daya ketahanan bayi tidak kuat dan masih lemah. Jika dimandikan dengan air sejuk, ia akan membuatkan bayi terkejut, badannya menjadi biru dan juga berisiko mendapat penyakit sawan.
"Jangan memandang remah tentang proses mandian bayi. Selain menggunakan air suam, ibu bapa juga disaran supaya tidak memasang kipas dan membuka tingkap. Alasannya masih sama supaya bayi tidak berasa sejuk.
"Bukan itu sahaja, waktu yang paling sesuai untuk memandikan bayi pula, sekitar pukul 10 pagi dan pukul 5 petang," jelas beliau.
SEMASA mandi jangan lupa bersihkan di bahagian lipatan leher, paha dan ketiak.


Jangan biarkan bayi dalam keadaan bogel. Sebaik-baiknya bedung bayi menggunakan napkin atau kain khas supaya bayi tidak berasa sejuk.
Langkah pertama*
Cuci muka bayi menggunakan kapas atau sapu tangan yang telah dicelupkan dalam air suam. Lap di bahagian mata terlebih dahulu.
LAP badan bayi sehingga kering.


Langkah kedua*
Bersihkan kepala bayi. Kepit telinga bayi supaya tidak dimasuki air. Letakkan sedikit syampu dan gosok kepala bayi dengan lembut.
Ketika proses ini juga, sikat rambut bayi supaya dapat menanggalkan lendir yang melekat.
* Kemudian, keringkan rambut bayi sebelum proses membersihkan bahagian badan.
BERHATI-HATI ketika memakaikan baju si kecil.


Langkah ketiga
* Siram bayi sedikit demi sedikit. Gosok badan bayi dengan menggunakan sabun mandian bayi.
Pastikan anda bersihkan di bahagian lipatan seperti leher, ketiak, paha, kaki dan punggung.
Akhir sekali bilas bayi dengan bersih dan lap sampai kering.
JIKA tali pusat masih belum tertanggal jangan lekatkan lampin terlalu ketat.


Langkah keempat*
Bagi bayi yang masih belum tertanggal tali pusat, anda perlu membersihkan tali pusat, sebelum memakaikan baju.
* Gunakan kapas bersih bersama air suam atau ubat cucian tali pusat. Bersihkan tali pusat dari atas ke bawah. Kemudian, lap di sekeliling pusat dan selepas itu bersihkan klip tali pusat.
Pastikan tali pusat sentiasa kering dan bersih. Jangan sapukan tali pusat dengan sebarangan minyak, bedak, ubat atau pelembap yang tidak disarankan oleh doktor.
Selesai bayi dibersihkan, disapukan bedak dan losen serta dipakaikan baju, ibu diwajibkan menyusukan bayi. Ini kerana bayi akan berasa lapar selepas proses mandian.

Selamatkah air kosong untuk bayi?

Keracunan air








Ibu bapa tidak digalakkan memberi bayi berumur enam bulan ke bawah minum banyak air.

MINUM air yang terlalu banyak boleh menyebabkan kehilangan elektrolit yang diperlukan tubuh.

PAKAR perubatan di Pusat Kanak-kanak Johns Hopkins di Baltimore, Amerika Syarikat, mengingatkan ibu bapa bahawa memberi bayi mereka yang berumur enam bulan ke bawah minum terlalu banyak air boleh membawa kemudaratan yang meragut nyawa.

"Walaupun mereka masih kecil, mereka juga mempunyai refleks untuk berasa dahaga. Dan apabila mereka dahaga, mereka sepatutnya diberi minum susu badan atau susu formula, bukannya air kosong," kata pakar kecemasan pediatrik di pusat itu, Dr. Jennifer Anders.

Ini kerana buah pinggang bayi masih belum matang. Memberi mereka minum terlalu banyak air akan menyebabkan tubuh mereka membebaskan sodium bersama-sama air yang berlebihan.

Kehilangan sodium boleh memberi kesan kepada aktiviti otak. Petanda awal berlakunya keracunan air ialah mudah meradang, pening kepala dan perubahan mental yang lain. Simptom lain termasuklah suhu badan yang rendah, muka sembap dan membengkak serta sawan.

Menurut Anders, simptom yang ditunjukkan kurang jelas, jadi sawan mungkin merupakan simptom pertama yang dapat dikenal pasti oleh ibu bapa.

ELAKKAN daripada memberi susu yang terlalu cair kepada bayi.

Tetapi jika bayi mendapat perhatian perubatan awal, sawan berkenaan mungkin tidak akan meninggalkan kesan yang berpanjangan.

Air tidak sepatutnya diberi sebagai minuman kepada bayi yang berumur enam bulan ke bawah. Ibu bapa juga seharusnya mengelak daripada memberikan susu formula yang terlalu cair atau minuman pediatrik yang mengandungi elektrolit.

Konsultan laktasi Toronto, Kanada, Anne Kirkham, menjelaskan, "Memberi bayi anda air boleh mengakibatkan perkara yang tidak diingini berlaku menyebabkan kehilangan perkara-perkara yang baik."

Contohnya, pengambilan air pada hari pertama selepas kelahiran didapati meningkatkan demam kuning.

"Tidak ramai bayi yang menyusu badan berdepan dengan masalah demam kuning. Tetapi bayi yang diberikan air sebaliknya mengalami simptom demam kuning lebih teruk. Mereka juga lebih mengantuk dan cepat penat," kata Kirkham.

Memberi air pada minggu-minggu awal juga akan memberi kesan kepada menyusu badan. Bayi yang kenyang dengan air akan minum kurang susu semasa menyusu badan dan akibatnya payu dara ibu akan mengeluarkan susu yang kurang.

Dengan itu, bayi akan mendapat susu yang kurang dan pertumbuhan tubuh yang tidak positif.

Sebuah kajian di Australia mendapati bayi baru lahir yang diberikan air yang mengandungi gula selepas setiap kali disusui kehilangan lebih banyak berat badan berbanding bayi yang minum susu ibu semata-mata.

Friday, June 17, 2011

Doa & amalan ibu menyusu

"Ya ALLAH Ya Tuhanku...Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, luaskan dan lapangkanlah rezeki buatku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."
Surah al-Hujurat dan al-Kautsar juga baik diamalkan bermula sejak mengandung lagi. Niatkan dalam hati semoga ALLAH swt murahkan rezeki kita, anak kita dan banyakkan susu kita. Bagaimana pun jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.
Selain dari itu amalkan surah al-Baqarah ayat 60. Sambil dibaca letakkan tangan pada breast, and doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita dan supaya kita mampu memberikan susu yg cukup pada anak kita hingga sekurang-kurangnye umurnya 2 tahun. InsyaAllah!
Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Lagi satu, amalkanlah berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum. Yakinlah. InsyaALLAH susu badan kita akan bertambah jika kita istiqamah dgn amalan yg tersebut di atas....

Doa murahkan rezeki

"Ya Allah! Jika rezekiku masih di atas langit turunkanlah.
Jika masih ada di dalam bumi keluarkanlah.
Jika sedikit banyakkanlah.
Jika sukar mudahkanlah.
Jika haram sucikanlah.
Jika masih jauh dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu.
Limpahkanlah kepada kami segala
yang telah engkau limpahkan kepada
hamba-hambamu yang soleh”.
-Amin-

20 hot tips utk kempiskan perut lepas bersalin.

20 hot tips utk kempiskan perut lepas bersalin.



  1. Cara paling mudah dan murah ialah ketiga-tiga bahan (2 biji lobak merah dipotong, sebiji mentimun segar & sebiji limau nipis) dikisar dan diperah airnya utk diminum ..amalkan 2x sehari..insyaAllah badan beransur langsing dan menarik.
  2. Minum air suam tak minum sejuk.
  3. Elakkan mengambil mkanan yang bergoreng dan berlemak.
  4. Minum jus pegaga tiap2 pagi.
  5. Bengkung 2x seminggu (malam sahaja) ---> selepas kembali bekerja.
  6. Untuk mengelakkan perut dari mengelembir maka, boleh buat sits up sebanyak 50 - 100x di waktu pagi.
  7. Minum air asam jawa (sederhana pekat) secawan sebelum sarapan benda lain.
  8. Pastu bersihkan perut dgn air suam untuk bukak liang2 roma dan sapukan campuran limau nipis dan kapur sireh. Paling cantik kalau baru deliver (belum sampai 6 bln) sebab perut tengah lembut.
  9. Makan yogurt 3 kali sehari.. pilih low fat yg kurang gula.... sekali makan, 1 bekas kecik yang biasa jual tu... sebab kata org dia bantu penghadaman (dan lain2 khasiat)... Jangan lupa cari yang ada live culture atau kultur hidup.... yogurt ni boleh gak tampung keperluan kalsium utk ibu menyusu... so ok la kan... 2 dalam 1.
  10. Kurangkan minum during eating and kalau minum make sure warm and plain water and minum sikit2 cos nanti lemak makanan susah hadam. After half hour baru minum byk.
  11. Sebenarnya hal2 pengempisan perut ini seelok-eloknya dibuat semasa dalam pantang. Barut perlu digunakan selama 44 hari atau sepanjang pantang terutama sebelum makan. Ini adalah kerana pada masa dalam pantang urat-urat semuanya kembang. Bila tak dijaga dengan baik semasa pantang, perut akan terus membuncit sebab urat2 x kecut dengan sempurna.
  12. BELLY DANCING. Sambil bersenam boleh menghiburkan hati. Buat la sendiri2 dlm bilik tidur or shower.
  13. Sambil baring ,bengkok kan kaki ..letak anak kat kaki tu..pas tu angkatkan baby tu pakai kaki buat selalu confirm perut boleh flat...and enjoy!!!
  14. Untuk perut bahagian atas→ baring atas katil, bengkokkan lutut, pastu angkat kepala dan badan selari/serentak setinggi yang boleh pastu tahan dalam kiraan 8..Ulang 8 kali 1 sesi . Untuk Perut bahagian bawah(area rahim)→ baring kaki diluruskan pastu angkat kaki keatas(badan akan jadi bentuk L kalau di lihat dari tepi)...Ulang 10-20 kali satu sesi..Buat setiap hari sebelum tidur..Pasti perut kita flat walaupun berbadan gempal...Tujuan senaman ini untuk mengetatkan otot perut supaya perut tak melendut/mengeleber/berlipat.
  15. Jangan mandi lepas mkn. Nanti suhu badan sejuk and penghadaman kurang efektif.
  16. Bangun pagi the first thing yang boleh buat ialah minum plain water.
  17. Kunyah very slow. So badan tak penat nak process food yg besar2.
  18. Pastikan makan at least 4 hrs before go to sleep. Obvious reason is makanan tak sempat digest before that.
  19. Jangan lupa plak untuk exercise. Tak kira la apa2 pun..boleh juga berjogging di kala hujung minggu, berbasikal (tak kira kat dlm rumah atau di luar rumah), naik tangga turun tangga (pun dikira exercise juga) n pada yang surirumah tu, sibukkan diri anda dengan hal2 di rumah..pun dikira exercise juga...sapu sampah, mop lantai, bersihkan bilik air , bla..bla..bla..banyak kan kerja kat rumah..kalau hari2 buat, tu pun dikira exercise juga tu.. lagi best, senang tak payah keluar belanja untuk pergi gym.
  20. Breastfeed baby..

Selamat mencuba!!! Saya pun nak praktikkan jugak laa..dulu ada juga buat sit up mmg nampak ketara kalo rajin buat sit up ni..tapi lama2 terlebih mkn vitamin M (malas)..