Friday, May 27, 2011

Puding karamel


Karemal-puding

Bahan-bahan ( saiz:16 cm )

  • 400cc(400ml) susu segar/susu cair
  • 5 sudu besar gula halus
  • 3 biji telur- pada suhu bilik
  • 2 biji telur kuning-pada suhu bilik
  • 2-3 titik esen vanila
  • [ KARaMEL ]
  • 5 sudu besar gula
  • 2 sudu besar air

Cara-cara

  1. Sediakan karamel: Masukkan gula ke dalam periuk dengan 1 sudu besar air. Masak di atas api sederhana. Bila nampak sedikit perang, masukkan 1 sudu lagi air. Masaklah sehingga perang. Tuang ke dalam loyang. Ketepikan.
  2. Masukkan telur dan kuning telur ke dalam mangkuk. Sambil dikacau masukkan gula sedikit demi sedikit. Kacau dengan perlahan sehingga sebati. Jangan biarkan berbuih.
  3. Dalam periuk lain masukkan susu dan esen vanila. Panaskan sehingga 60 degree. Jangan sampai mendidih.
  4. Dengan susu yang masih panas lagi, masukkan sikit demi sedikit susu ke dalam telur tadi. Kacau sehingga sebati. Tuang ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Tutupkan loyang dengan 2 lapis aluminium foil. Kukus dengan api sederhana selama 30 minit
  6. Atau boleh juga dibakar di dalam oven. Tapi perlulah diletakkkan air suam ke dalam dulang pembakar. Bakar selama 40-45 minit pada suhu 150 degree.
  7. Bila dah masak. Jangan buka aluminium foil. Biarkan 5 minit. Kemudian bolehlah dibuka.
  8. Bila sejuk bolehlah disimpan dalam peti ais

Ais krim vanilla & strawberry

Bahan A:

1/2 tin susu pekat
1 tin susu cair
1 sudu makan ovellete
1 biji telor
1 sudu teh vanilla

Bahan B:

Perasa/ pewarna strwberry (suka guna emalco)

*kalau nak rasa sedap lagi boleh tambah buah strawberry atau strawberry toping supaya ada rasa masam.

CARA-CARANYA
1. Campurkan semua bahan A dan pukul guna mixxer hingga

gebu

Jom masak 25.2.2011 004

2. Tuangkan sebahagian dalam bekas.

Jom masak 25.2.2011 001

3. Bakinya campurkan dengan bahan B dan pukul sebentar biar

sebati.

Jom masak 25.2.2011 0054. Gunakan sudu, kacau sekali seperti di bawah. Kemudian

bekukan. Jom masak 25.2.2011 006

5. Dah beku dah ni….sedap sangat hu hu hu……

Aiskrim 26.2.2011 002Selamat mencuba.

Kek Coklat(Kukus)


Kekchoklat

Bahan-bahan ( 8 in )

  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan susu segar perisa coklat
  • 1 cawan minyak
  • 3/4 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3 biji telur

Cara-cara

  1. Ayak tepung, soda bikarbonat & baking powder
  2. Masukkan serbuk koko, gula, susu segar, susu pekat dan minyak ke dalam periuk dan panaskan di atas api kecil sehingga semua larut. Matikan api.
  3. Pukul telur hingga kembang dan masukkan ke dalam bancuhan koko.
  4. Masukkan tepung sedikit sedikit dan gaul sebati.
  5. Tuang ke dalam loyang yang telah di lengser dengan minyak/ lapik dengan kertas minyak.
  6. Tutup loyang dengan aluminium Foil dan kukus selama 1 jam di dalam kukusan yang telah dipanaskan.
  7. Angkat dan sejukkan.

Kek Kukus Coklat Moist


Kek_coklat_kukus

Resepi ni dapat dari kawan dan kawan tu dapat dari kawan dia dan kawan ni dapat dari mak mertua dia. So resepi dari turun menurun. Hehehehe....Senang je nak buat, bahan pun senang je nak cari.


Bahan-bahan ( lebih kurang 1 kg )

  • Bahan A
  • 1 cawan serbuk koko (125g)
  • 1 cawan minyak masak
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan susu pekat
  • Bahan B:
  • 1 1/4 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil bikarbonat soda
  • 2 biji telur

Cara-cara

  1. Masukkan ke semua bahan A ke dalam bekas besar dan letakkan di atas dapur dengan api yg perlahan.
  2. Kacau kesemua sehingga sebati dan larut.
  3. Ketepi kan dan biarkan ia sejuk.
  4. Kemudian, masukkan telur dan kacau sehingga sebati.
  5. Masukkan tepung gandum dan bikarbonat soda yg telah digaul bersama ke dalam adunan. Kacau segingga sebati.
  6. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus selama 45-60 minit. Ikut pada lama mana kek tu dah masak.